Wajah terbaru Abby Fana dirakamkan jurugambar pada 25 Februari lalu.
KUALA LUMPUR:
Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat
beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan
apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan
Haji pada November tahun lalu.
Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online,
keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu
telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana
selepas pulang dari Mekah.
“Sebenarnya
sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama
sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula
ia macam sudah tersurat.
“Pada
27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara
MHI,” katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen
itu.
Abby
memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana
merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan
dengan penampilan barunya itu.
Kata
Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen
televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di
TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM)
terbitan RTM1.
“Kita
ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara
bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti
orang cepat jelak,” katanya.
Menurut
Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan
sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak
lima tahun lalu.
Jelas
Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya
kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat.
“Saya
ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio
sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya
hilang,” katanya.
Mengulas
mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis
kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan
baru.
Bagaimanapun
beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan
mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang
berkehendakkan personaliti bertudung.
Menyentuh
mengenai calon suami selepas bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun
lalu, Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan
Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak
terfikir ke arah itu.
Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya.
Dalam
perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam
perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan
plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.
Perniagaan
yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak
tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.













0 ulasan:
Post a Comment