Mahabbaturrasul SAW

MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

BPI 2012 Coming Soon!!

BPI 2012 Coming Soon!!

Semangat untuk membaca buku

Ashaari's bookshelf: currently-reading

Bekalan di Sepanjang Jalan Da'wah
0 of 5 stars
tagged: currently-reading
Bahtera Penyelamat
0 of 5 stars
tagged: currently-reading
Golongan Yang Tercicir
0 of 5 stars
tagged: currently-reading
Apa Ertinya Saya Menganut Islam
0 of 5 stars
tagged: currently-reading

goodreads.com

Koleksi Bacaan

get this widget here

Friday, February 24, 2012

Muhasabah Penghujung Maulid Nabi

Assalamaualaikum kepada teman-teman pengunjung sekalian. Moga kita semua senantiasa berada di bawah naungan dan lindungan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa. Kali ini sekadar berkongsi untuk kita sama-sama bermuhasabah sejauh mana kita punya bukti kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam. 

Adakah kita sekadar meraikan majlis maulid tetapi apabila tamatnya bulan Rabi'ul Anwar, Rabi'ul An-Nabawi ini, maka rasa mahabbah kita kepada Baginda Nabi Muhammad pun habis begitu sahaja?

Jika kita berbicara tentang cinta, sudah tentu ia memerlukan bukti untuk kita membuktikan kecintaan kita terhadap sesuatu ataupun seseorang. Sebagai contoh, apabila kita cintakan seseorang, sudah tentu kita akan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat orang yang kita kasihi itu berada dalam keadaan bahagia.

Diriwayatkan satu kisah bagaimana ada sekumpulan kaum yang mana pada suatu hari mereka meminta izin kepada Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam untuk berpindah tinggal di Masjid An-Nabawi. Lalu Baginda Nabi bertanyakan perihal kenapa mereka hendak berpindah tinggal di Masjid Nabawi. "Adakah selama ini kamu tinggal di kampung kamu, kamu tertinggal solat berjemaah lima waktu di Masjid aku ini?" 

Lalu Sahabat tadi menjawab, "Tidak wahai Rasulullah bahkan kami senantiasa dapat takbiratul ihram bersamamu tatakala solat lima waktu. Cumanya kami mahu berada berdekatan dengan Masjidmu ini."

Melihatkan perihalnya itu, maka Baginda Nabi menjawab, "Oleh kerana itu, aku tidak membenarkan kamu kerana biarlah kamu berjuahan dari masjidku ini kerana Allah tetap mengurniakan ganjaran pahala bagi setiap langkah dikau berjalan menuju ke masjidku ini."

Daripada sini ingin menunjukkan bahawa betapa cintanya para Sahabat terhadap menghidupkan Sunnah Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam. Inilah manifestasi ataupun disebut bukti cinta para Sahabat Ridhwanullahu anhum ajma'in.

Kita semakin menghampiri kepada penghujungnya bulan yang penuh barakah ini. Banyak majlis maulid yang telah kita hadiri, mendengar kalam-kalam mutiara daripada para 'alim ulama' yang telah dijemput untuk memberikan tazkirah. Oleh itu, mari kita check balik rasa Mahabbah kita terhadap Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam.

1) Semakin sayangkah, rindu dan cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam?

Jika benar-benar kita rindu dan cintakan Baginda Nabi, adakah ia benar-benar kerinduan yang haqiqi? Adakah ia dapat mencapai tahap Hubbun 'amiiq (kecintaan yang sangat mendalam)? Jika belum, maka kita sekadar memperingati Baginda Nabi Muhammad hanya di dalam majlis maulidnya sahaja. 

Adakah selawat kita sudah sampai ke tahap apa yang telah dilakukan oleh para Kekasih dan Pencinta Baginda Nabi Muhammad?

Apabila kita kasih kepada Baginda Nabi Muhamamd, maka kita tidak akan sanggup untuk berpisah dengan Baginda Nabi walaupun sesaat.

Pesan Abi Azman Asfan, "Bahawa bukti kita cintakan Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alihi wasallam ialah mimpi berjumpa dengan Nabi itu adalah baru berada di peringkat permulaan cinta kita."

Allahu Akbar.. Berat sungguh kita ini. Berapa kalikah kita pernah bermimpi berjumpa Nabi? Jika tidak pernah, maka kita masih jauh daripada mencintai Nabi Muhammad.

Satu hari tatkala Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam sedang menaiki mimbar, setiap anak tangga itu Baginda Nabi menyebut "Ameen", iaitu mengaminkan doa. Perbuatan Nabi itu diulang tiga kali. Lalu dikisahkan kepada para Sahabat akan perihalnya perbuatan Baginda Nabi itu. 

Lalu Nabi menjawab pada kali pertama Baginda mengaminkan doa itu adalah kerana Malaikat Jibril 'alaihissalam melaknat tiga jenis golongongan iaitu:

i) Orang yang masih mempunyai kedua ibu bapanya yang telah tua tetapi tidak berbakti kepada orang tuanya.

ii) Orang yang diberi peluang berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak tetapi tidak diampunkan dosanya setelah tamat bulan Ramadhan.

iii) Orang yang apabila disebutkan nama Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alihi wasallam tetapi tidak berselawat kepada Nabi.

2) Semakin bersemangat atau tidak untuk menghidupkan Sunnah Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam dan mendaulatkan Syariat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sudah tentu Sunnah terbesar Baginda Nabi Muhammad adalah solat fardhu secara berjemaah lima waktu sehari semalam. 

Apabila kita gagal untuk menyintai sunnah ini, penyegan hendak beramal dengan sunnah ini, ini membuktikan bahawa kita tidak ada kasih yang jujur kepada Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam.

3) Adakah kita semakin cinta, kasih dan sayang kepada orang yang dikasihi oleh Baginda Nabi? Hari ini pengikut SYIAH sangat anti kepada Para Sahabat Ridhwanullahu 'anhum ajmain. Syiah mengkafirkan para Sahabat Nabi kecuali Saidina Al-Miqdad, Saidina Abu Dzar dan Saidina Salman Al-Farisi. Inilah akhlak yang ditunjukkan oleh Syiah. Mereka mengkafirkan para Sahabat yang mana Allah telah mengiktiraf dan mengangkat darjat mereka di dalam Al-Quran Al-Karim.

Adakah kecintaan kita terhadap para 'alim ulama' makin bertambah? Ataupun kita semakin benci kepada para 'alim ulama' Pewaris Anbiya? Kita disuruh untuk menyintai ulama', anak yatim, orang fakir dan miskin dan orang-orang mustadh'afin iaitu orang yang ditindas.

4) Pernahkah kita menangis kerana tidak pernah berusaha untuk menjadi ummat yang dibanggakan oleh Baginda Nabi. Jika kita senantiasa bermhasabah diri dalam menilai sejauh mana kecintaan kita kepada Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan kita dalam mencari dan menggapai cinta Nabi.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).." (Surah ali-'imran ayat 110)

Kitalah ummat Nabi Muhammad ShallaLlahu 'alaihi wasallam yang mana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengiktiraf kita sebagai umat yang terbaik. 

Lagi Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah ali-'imran ayat 31)

Fattabi'uni, ikutlah daku iaitu Habibil Mustofha Sayyiduna Baginda ShallaLlahu 'alaihi wasallam nescaya Allah akan mengasihi kita dan mengampunkan dosa-dosa kita semua. Ayuh marilah kita semua kembali kepada rujukan asas kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah selamat hidup kita dunia dan akhirat.

Salam Kerinduan Rabi'ul Anwar, Rabi'un nabawi.

Al-faqir IlaLlah, 
Khadim Al-'Ilm Asy-Syarif,
Jumaat 2 Rabi'ul akhir 1433 Hijriyah,
kangar, Perlis.

0 ulasan:

Post a Comment

Bersama Al-Fadhil Ustaz Rusli Md. Zain Al-Farqawi

SBE Sem 3 di Sg. Udang, Melaka

SBE Sem 3 di Sg. Udang, Melaka

Bersama Tn.Guru Hj. Zulkifli bin Ismail Baitul Qurra

Maulidur Rasul bersama Ulama'

Maulidur Rasul bersama Ulama'

Bersama Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman

Para Masyaikh Murobitun

Bersama Syeikh Zainul Asri bin Romli Al-Husaini

Lambaian Mahabbaturrasul

Lambaian Mahabbaturrasul

Ijtima Ulama' Turath 2012

Ijtima Ulama' Turath 2012

Bersama al-Muhtaram Al-Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Sanariyy